 |
| Bersama antara anak2 Rumah Kesayangan |
Rezeki yang diterima kami adik beradik dan kawan2 diputuskan untuk dikongsi bersama. Sempena bulan Syawal tahun 2011 yang lalu kami adik beradik serta kawan2 telah pun menjemput ahli keluarga Rumah Kesayangan ( salah satu rumah anak yatim di Selangor) untuk berbuka puasa bersama2 kami. Island BBQ Steamboat di Kg Melayu Subang telah dipilih sebagai lokasi berbuka puasa kerana
 |
| Murah kan? Kan Kan Kan? |
1) Harga yang sangat berpatutan: RM 19.90 (dewasa) & RM 9.90 (kanak-kanak).
2) Kemudahan solat yang sangat amat konvinien.. Cantik & Bersih
3) Layanan yang sangat mesra
4) Makanan yang sedap, segar & bervariasi
Ada lagi tak yang saya tertinggal? Minta tolong tambahhhh :)
Seramai lebih kurang 30 orang semuanya termasuk anak2 yatim telah menyertai majlis berbuka puasa ini. Sebak kami mendengar bila ada anak kecil bercerita tentang kesusahan keluarga mereka yang mendorong mereka untuk berteduh di Rumah Kesayangan. Ada juga yang mencuit hati kerana bertanyakan kenapa makanan ini perlu dimasak sendiri. Tapi jauh di sudut hati saya mengucap kesyukuran kerana walaupun kehidupan saya tidak semewah seperti kawan2 yang lain, saya tidak perlu berpisah dari keluarga seperti anak2 kecil ini. Semoga mereka lebih tabah menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini.
Mari saksikan sekitar Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 Rumah Kesayangan, Selangor.
 |
| Putera di Rumah Kesayangan =) Semua malu2 jer awal2.. |
 |
| Antara Puteri Rumah Kesayangan |
 |
| Makanan yang digemari oleh puteri2 Rumah Kesayangan.. Mi macam mi segera tu.. |
 |
| Kakak2 yang setia memasak untuk Puteri2 Rumah Kesayangan |
 |
| Tukang Masak Handalan diimport untuk Putera Rumah Kesayangan |
 |
| Rebus ala2 steamboat boleh, Grill pun boleh.. Daging2 yang di grill tu telah diperap dan memang sehingga menjilat jari =) |
Dan sempena Bulan Syawal, kami semua telah bersetuju untuk memberikan sedikit saguhati kepada Putera & Puteri Rumah Kesayangan. Duit Raya pasti menjadi kesukaan mereka. Terpancar kegirangan di wajah mereka ketika beratur bagi mendapatkan duit raya dari kami semua.
 |
| Beratur adik2.. Beratur 1-1 |
 |
| Bersama Owner Island BBQ Steambot (Sebelah saya tu). Cantik kan dia? Husband dia pun ada bawak budak2 ni shopping baju raya..How sweet kan? |
Selepas menerima duit raya, its time for the princes & princesses to go home. Its late and they should get some rest after the tiring day.
 |
Ok, abg nak kira ni..Nanti ada pulak yang tertinggal kat sini.
|
 |
| Masuk kereta adik2.. Antara perbualan : Abg, bawak laju2 yer..buat drift.. cute tak mereka? |
 |
| Bye Bye Kakak.. =( |
Sayu pulak bila melihat mereka melambai2.. Namun walaubagaimanapun, kami sentiasa berdoa supaya putera & puteri terus kuat justeru menemui kebahagian di Dunia & Akhirat. Moga kekuatan mereka menempuh dunia ini dapat memberi inspirasi kepada kita supaya lebih tabah untuk meneruskan perjuangan.
Wowww sangat adorable :)
ReplyDeleteAdorable kan mereka? Lain kali kite pergi lagi nak?
ReplyDelete