Saturday, December 8, 2012

From Zang Toi to Victoria Secret Part II

Ahaaa bersambung dari part I, iye ke kiteorg x jadi beli VS malam tu? Yeahhhh Noottt! Lepas makan dengan banyak nye dekat Zang Toi cafe tu, kiteorg pun menujulah ke Surau yang tak berapa nak jauh tu. Sampai2 di surau tu, waktu dah hampir2 masuk Isyak. Ada seorang Lady ni siap suruh cepat lagi , xnak tengok kami ketinggalan semua. Bila selesai solat Maghrib, kami bersalaman dan dia berharap agar dapat berjumpa kami lagi.. Auwhh sweetkan?

Lepas keluar dari surau tu, kiteorg terus decide untuk rush ke OU. Masa tu dalam pukul 8.45pm, kami berlari2 bayar tiket parking dan terusssss meluncur laju ke OU. Tapi biasalah, bila dalam keadaan rushing ni lah kite salah jalan, orang depan kita bawak macam siput bla bla bla... Dan yang paling penting, saya honkkk kereta depan sebab tak jalan bila lampu isyarat dah hijau. Selalunya, saya tak sampai hatii nak honk.. Hahaha tapi VS nye pasal, terpaksalah jawabnya :)

Kami tiba di OU dalam pukul 9.30pm. Masa tu menggelabah giler nak cari VS sebab takut kedai tutup. Kiteorg pun decide untuk tanya pada orang yang jaga Information Counter dan Alhamdulillah mereka menunjukkan jalan yang benar... Hahahaha

VS in Pavillion.

Melangkahnya kami ke dalam outlet tersebut, macam orang gila lah duk pilih barang. Semuaaaaaa nak! Yang best si Una, tak sampai 3 minit dah capai 1 beg VS ni.. Haishhh best nyer! Ce tengok shopping haul kiteorg pada malam yang boleh dikatakan giloooo tu..Hihihi



Tengok, kedai lain semuaaa dah tutup! :)
Kami berdua sangat gembira kerana apa yang dihajati di hati diperolehi dan siap skali dengan free gift lagi. Waaaa seronokkkk! Alhamdulillah :)

Friday, December 7, 2012

From Zang Toi to Victoria Secret Part I

3 bulan yang lepas, BFF saya telah datang ke KL dan menyatakan hasrat beliau untuk memborong barangan Victoria Secret di Pavillion, KL. Saya sebagai peminat tegar barangan VS ni pun berasa sangat teruja untuk membawa beliau ke sana. Btw, BFF saya tu namanya UNA , secomel dan semanis namanya.

Kebetulan pada haritu, kami berpuasa. Xsure kenapa, rasanya puasa 6 kot kalau tak salah. So kami bercadang untuk berbuka puasa sahaja di Pavillion memandangkan akan memborong VS selepas itu. Lagipon kalau bertolak lambat (dari seri kembangan) nanti bertembung pula dengan orang balik kerja.

Tapi apakan daya, pukul 6 lebih jugak la sampai Pavillion nye dan kami terusss menyerbu outlet VS tu. Setiiiibanya kami di sana alangkah terkejutnya apabila barangan yang kami nak tu xada di sana.. Dan mereka nasihatkan supaya ke outlet mereka di OU kerana outlet di sana baru sahaja dibuka.

Errr whattt, nak pergi OU pukul 6 lebih mcm ni? Habistu bukak puasa nanti nak makan apa? Sah2 kena bukak puasa dalam kereta ni.. Hahahaha... Oleh itu, kiteorg ambil keputusan untuk teruskan rancangan buka puasa di Pavillion. Fikir punya fikir...teringatlah Cafe Zang Toi yang terletak di dalam Parkson, kalau xsalah tingkat 4.




So kiteorg pun pergilah ke cafe Zang Toi dengan memessan set untuk 2 orang. Kami sepakat memilih Hainan Chicken Chop set iaitu set chicken chop bersama peach tea dan juga banana chocolota cake dihidangkan dengan aiskrim vanilla.

Setibanya hidangan di meja, jam baru menunjukkan pukul 7. Kiteorg pun memandang sepi makanan yang dihidangkan kerana waktu berbuka pada masa tu dalam 7.20pm macam tu. Pengurus cafe itu kehairanan lalu bertanya jika ada yang tak kena dengan makanan tersebut. Kami kata, everything is fine..just that we are waiting for Azan then only we can break the fast. 

Manager itu lantas terus memberikan kami kek pandan pisang sebagai pemanis mulut untuk berbuka puasa secara percuma. Saya dan Una berasa sangat amat terkejut tapi terharu dengan pemberian mereka.


 Yanggg paling mengharukan kami lagi apabila hampir waktu berbuka , Manager tu pun cakap..Since we have few minutes to go , let's say the prayer together. ???? Saya macam OMG OMG OMG!!!! 1st time dalam seumur hidup ada Manager yang begitu. Alhamdulillah, kami rasa bersyukur walaupun tak dapat beli VS tapi urusan kami dipermudahkan berkat berpuasa, mungkin. Alhamdulillah.

Sedikit sneak preview suasana Zang Toi Cafe untuk tatapan anda semua.





Tapi ye ke kami x beli VS tu?


                       Haaaaaa bersambung di part II  :)