Sunday, March 25, 2012

Mee Racun @ Batu Pahat

Taraaa, meleleh tak air liur? Skrol lagi.. lagi...

Lagi bawah.....





Lepas kita ke JB, turun pula ke Batu Pahat. Singgah pulak nak makan Mee Racun katanyer. Kalau kita google2 pasal mee racun ni, yang paling banyak direkomen ialah Mee Racun yang belakang Carrefour, Batu Pahat. Landmark dia snang, Batu Pahat Mall then Carrefour, & 7-Eleven. Kalau dah nampak semuanya, betol lah tu. Kedai ni ialah gerai biasa terletak di kawasan perumahan je tapi petang2 memang ramailah   yang lepak kat sini. Kalau nak cari jodoh kat sini pun boleh. Memang ramai yang bisa menawan hati kalian. Waduhhh~

Cendawan Goreng = RM3
 Selain daripada Mee Racun yang sangat hebat ni, ada juga cendawan goreng cicah sambal kicap yang memang marvelous ok! Sambal kicap dia memang lepas makan, boleh terngiang2.. memang 5 bintang saya bagi!
Mee Racun Special 2 = RM6
Dan kali ini, saya order mee racun special 2 maksudnya mee racun dengan 2 gear box! Mak aih, sedap hingga menjilat pinggan. Rasa mee racun ni macam mee bandung actually. Bila makan panas2, fuhhhhh berasap telinga. Sangat recommended tempat ni. Selain daripada Mee racun, ada jugak roti canai,  goreng2 macam nasik goreng, kotiaw goreng sume n what i can is, not bad.. Lagipun, harga murah, servis tip top dan yang penting LAZAT BERKRIM!!

Sekali lagi, selamat mencuba! Kalau betol2 tak tahu nak ke tempat ini, tanya je kat 7-eleven tepi carrefour. Hahahaha sebab saya pun buat benda yang sama ^___^ Malu bertanya sesat jalan..So tak malu, tak sesat lah.. Hihihihi ..


Saturday, March 24, 2012

Kacang Pol @ Larkin JB

                                     

Untuk entry kali ini, saya nak cover makanan di Johor Bahru. Yes, Johor Bahru. Saya berkesempatan untuk berkunjung ke JB pada pertengahan bulan 3 , 2012 bagi tujuan kerja. Oleh kerana saya baru kali pertama sampai ke JB, saya menetap di Hotel Puteri Pacific yang memang terletak di tengah2 bandar.

Dengan peluang yang diberikan, saya pon mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa makanan yang dikatakan popular di JB. dan Kacang pol @ Larkin lah terlintas di skrin laptop ketika mengoogle "makanan menarik di JB".



Satu set Kacang Pol = RM4

Kacang Pol ni terletak bersebelahan Balai Bomba Larkin, JB. Ianya adalah sebuah foodcourt biasa2 je. Petang2, memang ramai di foodcourt ni. So bila nak order Kacang Pol ni, punyalah blur.. Tak tahu kacang pol ni nak makan macam mana even tak tahu ape benda kacang pol ni. Ingakan mi rebus ke apa ke..Rupanya kacang pol ni macam kuah daging dimasak bersama kacang buah pinggang... Selain kacang, ada telur, bawang cincang, cili potong dan telur mata kerbau. Kuah ni pulak, cicah ngan Roti Bakar yang tebal macam dalam gambar tuh..

Bagi saya yang first-timer ni, rasa dia macam pelik sikit...Kuah daging tu tak panas, roti je panas...Tapi rasa dia ok sikit bila kita gaulkan bawang, cili potong dan perah asam limau.. Walau apa pun, saya tetap hairan kenapa orang JB suka makan kacang pol ni.. Yelah selera orang berbagai2 jadi mungkin lidah saya tak suka , lidah orang lain mungkin suka kacang pol ni..

Selain kacang pol ni, ada juga ABC (selang lebih kurang 3 kedai dengan kacang pol ni) yang femes. Saya tak perasan , so g order kat tempat lain. Hmmph! Lain kali nak rasa lah.. Dan juga, pisang goreng yang dicicah dengan kuah kicap. Macam biasalah kan kalo kat JB?

Apa apa pun, sila lah cuba Kacang Pol Larkin ni. Mungkin ianya satu pengalaman baru bagi anda dan menambat selera anda. Tepuk dada, tanya selera . Selamat Mencuba!

Siti Nurhaliza & The Manhattan's Fish Market

Pada hari sabtu, 24hb March  yang lalu..Niatnya nak teman kawan ke Hospital Putrajaya..Disebabkan navigatornya iaitu saya asik salah jalan je, lalu kiteorg pon sampai ke Hospital itu dalam pukul 1.30 petang so macam dah lambat jer..

Dalam 15 minit macam tu, kiteorg pun balik dengan perut yg bernyanyi riang. Riang ke kalau lapar? Hahahaha so lepas call Rashid yang memang Food Lover , saya dan rakan terus menuju ke Alamanda Putrajaya =) 

Tengok2 kat centrecourt Alamanda tu, ramai pulak orang..Ingatkan apa, rupanya ada Dato Siti Nurhaliza buat promotion produk simplysiti. Whoaaa dapat tengok live pulak tu. Tapi nak amik gambar ngan dia kena beli barang..Dah la tak dapat gaji lagi, wajib la pandang ajer.. Hahaha apa2 pun snap la 2 pic bagi tatapan anda. 
Yang penting gorgeous!!! Hmmmmm ^___^




Tanya sama tekak, mahu makan apa.. Nanti tekak jawab, makanlah naga.. Woww makan naga? Hahaha xlah, ingatkan nak makan steamboat ke ataupun makanan yang panas2 last2 foodcourt ditutup bagi kerja pembaikan. So pusing punya pusing punya pusing, makan je lah kat Fish Manhattan ni.. 

Tapi mungkin rezeki, Kami dapat makan makanan yang mahal dengan harga yang murah. Sebab waitress tu salah bagi. Semua platter nampak sama je maka kawan saya ngap je lah dulu tanpa bandingkan gambar dalam menu dengan yang di depan mata. Hurmmm.. Tapi sebelum kami meneruskan ngap, kami tanya lah dulu sama ada boleh teruskan x..Dieorg pulak apologies sbb salah bagi dan katanya, sila makan bayar tetap sama. Alhamdulillah, rezeki.. 

Sila scroll utk gambar yg lebih jelas dan menggiurkan .. Yummy!



 Mushroom soup sebagai appetizer pada hari ini. 


Siti Nurhaliza & The Manhattan's Fish Market

Ni lah kawan yg saya teman ke Hospital. Perut dah berkeroncong.



Quad Delights: Harga sebenar 16++ tapi dapat 50% so jadi RM8++.

 Appetizer yang ke-2, Quad Delight. Campuran tempura udang, sotong, clamp dan coleslaw di tengah2 tempura bersama sos2 yang unknown. Superb!!!


Harga: Lebih Kurang 49.90 kot (1 set dengan air & mushroom soups)

Platter yang ada ikan dori, sotong, clamp, udang, fries dan nasi planta kot. Masa platter ni sampai ke meja, dieorang bakar cheese atas udang tu..Saya takot so saya tak ambil gambar, sorry tao~  Tapi bila makan banyak2 ni, muak pulak.. Sepatutnya, boleh makan 4 orang sbb ber-2 mmg senak perut. So untuk mengelakkan pembaziran, kita tapau balik makan.. Heeee :)

Thats all for today's entree. Kesimpulan, makanan di sini memang wonderful lebih2 lagi makan ramai2 untuk snack time. Makanan memang light tapi KENYANG!!! Total Bill is RM67.70 (lepas + tax RM8)Sila lah cuba yer.. Assalammualaikummm.. 

Sunday, March 4, 2012

Lazy Song

Today i feel like doing nothing.. Yes,i am very lazy today :)