Saturday, March 24, 2012

Kacang Pol @ Larkin JB

                                     

Untuk entry kali ini, saya nak cover makanan di Johor Bahru. Yes, Johor Bahru. Saya berkesempatan untuk berkunjung ke JB pada pertengahan bulan 3 , 2012 bagi tujuan kerja. Oleh kerana saya baru kali pertama sampai ke JB, saya menetap di Hotel Puteri Pacific yang memang terletak di tengah2 bandar.

Dengan peluang yang diberikan, saya pon mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa makanan yang dikatakan popular di JB. dan Kacang pol @ Larkin lah terlintas di skrin laptop ketika mengoogle "makanan menarik di JB".



Satu set Kacang Pol = RM4

Kacang Pol ni terletak bersebelahan Balai Bomba Larkin, JB. Ianya adalah sebuah foodcourt biasa2 je. Petang2, memang ramai di foodcourt ni. So bila nak order Kacang Pol ni, punyalah blur.. Tak tahu kacang pol ni nak makan macam mana even tak tahu ape benda kacang pol ni. Ingakan mi rebus ke apa ke..Rupanya kacang pol ni macam kuah daging dimasak bersama kacang buah pinggang... Selain kacang, ada telur, bawang cincang, cili potong dan telur mata kerbau. Kuah ni pulak, cicah ngan Roti Bakar yang tebal macam dalam gambar tuh..

Bagi saya yang first-timer ni, rasa dia macam pelik sikit...Kuah daging tu tak panas, roti je panas...Tapi rasa dia ok sikit bila kita gaulkan bawang, cili potong dan perah asam limau.. Walau apa pun, saya tetap hairan kenapa orang JB suka makan kacang pol ni.. Yelah selera orang berbagai2 jadi mungkin lidah saya tak suka , lidah orang lain mungkin suka kacang pol ni..

Selain kacang pol ni, ada juga ABC (selang lebih kurang 3 kedai dengan kacang pol ni) yang femes. Saya tak perasan , so g order kat tempat lain. Hmmph! Lain kali nak rasa lah.. Dan juga, pisang goreng yang dicicah dengan kuah kicap. Macam biasalah kan kalo kat JB?

Apa apa pun, sila lah cuba Kacang Pol Larkin ni. Mungkin ianya satu pengalaman baru bagi anda dan menambat selera anda. Tepuk dada, tanya selera . Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment