Tuesday, February 14, 2012

Buka Puasa @ ShoGun


Its been such a great day when our bosses insist to belanja kami semua Buka Puasa. So the chosen place is Shogun di Sunway Pyramid. Shogun ialah sebuah tempat makan berbentuk buffet terdiri daripada pelbagai jenis makanan Jepun. Terbaru, shogun telah pun membuka cawanganna di Bukit Bintang.

Charge bagi per head ialah plus minus RM55. Walaubagaimanapun. tiada bayaran dikenakan bagi yang menyambut harijadi nya pada bulan itu dan 50% diskaun bagi warga emas.

Mari lihat, apa yang kami makan.. Apa yang kami lakukan di Shogun. Oh ye, disebabkan bos kami bermurah hati untuk belanja pada hari itu, kami berbesar hati untuk menghias tempat itu dengan belon purple, pink & putih bagi menghangatkan suasana  ceria & tenang setelah penat berpuasa dan bekerja dalam satu masa yang sama.




 Ini dia, shark fin soup. Rasa dia macam tak berapa kow sangat but still ok lah.

 Variety of Sushi. Saya tak makan pun menda alah ni sebab saya memang tak gemar. Ada rasa semacam yang membuatkan saya tak makan segala jenis sushi dari segala kedai pun. So harapan tinggal harapan je lah kalau nak belanja saya makan Sushi.

 Antara makanan yang saya makan sebagai appetizer. Tempura udang dia sedap! Sebab ianya Udang yang tak payah nak kupas kulit.

 Antara pencuci mulut yang ada. Dalam banyak2 pilihan kat atas, saya suka orange sebab dia potong buah tu memudahkan kite untuk makan.. Yummy.. Dan Green Tea aiskrim pon sedap..Jatuh Chenta dengan aiskrim tersebut.

Posing dulu sebelum perut penuh dan malas..Heee :)

 Birthday Boy, Prabu yang paling kanan sekali. Happy Birthday Prabu!


Angels in our department. Perut kenyang, suka hati =)

Bagi anda yang suka kan makanan Jepun boleh datang mencuba di Shogun sama ada di Sunway Pyramid ataupun Farenheit, Bukit Bintang. Selain menyediakan pilihan yang banyak kepada pelanggan, restoran ini juga memberikan anda suasana yang selesa untuk makan banyak2 sampai kenyang.. Jangan sampai tak terbangun, sudahhhh :Pp Selamat Mencuba!

Sunday, February 12, 2012

Island BBQ Steamboat



Bersama antara anak2 Rumah Kesayangan


Rezeki yang diterima kami adik beradik dan kawan2 diputuskan untuk dikongsi bersama. Sempena bulan Syawal tahun 2011 yang lalu kami adik beradik serta kawan2 telah pun menjemput ahli keluarga Rumah Kesayangan ( salah satu rumah anak yatim di Selangor) untuk berbuka puasa bersama2 kami. Island BBQ Steamboat di Kg Melayu Subang telah dipilih sebagai lokasi berbuka puasa kerana 

Murah kan? Kan Kan Kan?


1) Harga yang sangat berpatutan: RM 19.90 (dewasa) & RM 9.90 (kanak-kanak).
2) Kemudahan solat yang sangat amat konvinien.. Cantik & Bersih
3) Layanan yang sangat mesra
4) Makanan yang sedap, segar & bervariasi

Ada lagi tak yang saya tertinggal? Minta tolong tambahhhh :)

Seramai lebih kurang 30 orang semuanya termasuk anak2 yatim telah menyertai majlis berbuka puasa ini. Sebak kami mendengar bila ada anak kecil bercerita tentang kesusahan keluarga mereka yang mendorong mereka untuk berteduh di Rumah Kesayangan. Ada juga yang mencuit hati kerana bertanyakan kenapa makanan ini perlu dimasak sendiri. Tapi jauh di sudut hati saya mengucap kesyukuran kerana walaupun kehidupan saya tidak semewah seperti kawan2 yang lain, saya tidak perlu berpisah dari keluarga  seperti anak2 kecil ini. Semoga mereka lebih tabah menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini.

Mari saksikan sekitar Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 Rumah Kesayangan, Selangor.

Putera di Rumah Kesayangan =) Semua malu2 jer awal2..

Antara Puteri Rumah Kesayangan

Makanan yang digemari oleh puteri2 Rumah Kesayangan.. Mi macam mi segera tu.. 

Kakak2 yang setia memasak untuk Puteri2 Rumah Kesayangan

Tukang Masak Handalan diimport untuk Putera Rumah Kesayangan


Rebus ala2 steamboat boleh, Grill pun boleh.. Daging2 yang di grill tu telah diperap dan memang sehingga menjilat jari =)
Dan sempena Bulan Syawal, kami semua telah bersetuju untuk memberikan sedikit saguhati kepada Putera & Puteri Rumah Kesayangan. Duit Raya pasti menjadi kesukaan mereka. Terpancar kegirangan di wajah mereka ketika beratur bagi mendapatkan duit raya dari kami semua.

Beratur adik2.. Beratur 1-1


Bersama Owner Island BBQ Steambot (Sebelah saya tu). Cantik kan dia? Husband dia pun ada bawak budak2 ni shopping baju raya..How sweet kan?


Selepas menerima duit raya, its time for the princes & princesses to go home. Its late and they should get some rest after the tiring day.


Ok, abg nak kira ni..Nanti ada pulak yang tertinggal kat sini.



Masuk kereta adik2.. Antara perbualan : Abg, bawak laju2 yer..buat drift.. cute tak mereka?


Bye Bye Kakak.. =(

Sayu pulak bila melihat mereka melambai2.. Namun walaubagaimanapun, kami sentiasa berdoa supaya putera & puteri terus kuat justeru menemui kebahagian di Dunia & Akhirat. Moga kekuatan mereka menempuh dunia ini dapat memberi inspirasi kepada kita supaya lebih tabah untuk meneruskan perjuangan.

Birthday Bash @Rama-V

Wonderful girls bringing you the amazing Rama-V

Entry kali ni pula kita pergi further up sikit dari Tabung Haji tu, iaitu ke Jalan U-Thant.. Berdekatan dengan rumah2 ambassador semua tu, terletak sebuah restoran Thai yang bernama Rama-V. Masa gambar2 ini diambil, kami telah pun membeli voucher dari sebuah website yang menawarkan RM15 per head for Lunch Buffet...Murah tak? Murah kan.. Sebelum kita cekidout sekitar Birthday Bash di Rama-V, Jalan U-Thant saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abby, Siti Fatimah, Sue Shuky, My sis & semua Rama-V crew yang terlibat dalam menjayakan Birthday Bash ini. Thank you so much, from the bottom of my heart =)


 Main entrance for Rama-V. Landscapping dia cantik la..Kira macam sejuk mata memandang.. Dengan air terjun lah, apa lah.. Tapi yang tak best, jockey service dia walaupun free tapi mengada sikit. Kalau kereta kecik macam Myvi sesuka hati dia nak parking kat mana..Even dekat luar skali pun.. Tu yang agak menyampah di sana. Bila kita tak nak kasi kunci, dia kata kena bagi jugak..Heyyy, mana boleh..Karang dia buat jenayah guna kereta kita macam mana? So, -5 saya bagi untuk parking service.


 Sireh Junjung ehhh sireh ni sebagai appetizer..Saya tak makan sebab tak sampai hati nak makan sireh yang chantek ni..Tapi Abby makan, dia kata rasanya unik dan sedap..Lain dari sireh orang2 tua makan,,Yang penting, gigi tak jadi merah kalau makan ni sbb takdek gambir.. (Gambir ke yang buat gigi merah tu?)

 Kemudian, kami ambil keropok apa ntah nama dia dengan kuah santan. Memang rasa dia lain dan ini adalah first time saya makan makanan macam ni.. Unik sekali lagi!

 Yang ini appetizer favourite saya , cucur jagung! Dicicah bersama thai chili sauce, memang terbaik.. Cucur jagung tu digoreng nipis dan rangup..berpinggan saya tambah!

Yang ini pula, macam popia basah. Paling penting, semuanya raw vegetables which saya memang allergic! Hahahahaha...Maybe mak saya kot suka..Saya tak suka kot..

Nak tahu paling best? Oleh kerana kiteorg ni busy  berborak2, sampai lupa nak snap picture main course..Tapi apda masa tu ada kerabu, ayam masak labu, fillet ikan dan macam2 lagi..Rasanya tak berapa kena dengan selera saya yang memang Melayu & Malaysian :) Tapi menurut abby, kalau dinner dia memang sedap. Dari Tomyam, ikan dan masakan lain memang marvellous. Saya cekidout the price dan terbukti agak pricey la tempat ni kalau tak beli voucher.. So Insyaallah saya tak datang dah kat sini.. Hahahaha..

Lepas makan, kami ke luar untuk mengambil gambar sekitar. Bila dah di luar barulah kami tahu ada juga private room bagi dinner tapi kena add on some money lah..





 Sebenarnya kami keluar bagi membolehkan krew Rama-v mengeluarkan cup cakes yanggg telah kami beli di Bisou , Bangsar. Cupcakes nya sedap, cukup manis dan lemak..tidak terlalu manis yang penting nya..

Bisou Cupcakes, Bangsar.

Happy Birthday!

Fabolous Lunch

Secara keseluruhan, saya bagi rate 2.5 sahaja sebab terpengaruh oleh perangai jockey service tu..Yang waiter & waitress punya service, superb!

Dine Beneath the Stars



Ok, untuk tempat makan yang ke-2 pula ialah di Tanzini, G-Tower Hotel. Waaahh terbeliak mata kan biladengar G-Tower Hotel..Mesti tertanya2, tak mahal ke? Haaa trust me, harga dia standard dengan harga hotel2 yang lain..Rasanya macam lebih murah..Dan yang paling best, time tu ada promotion voucher..Kalau tak salah, 40% off dari total billed. 

Tanzini G-Tower Hotel ni terletak kira2 bersebelahan dengan Bangunan Tabung Haji dekat Jalan Tun Razak. So kalau nak pergi sana menggunakan LRT, boleh turun dekat stesen KLCC. Dalam 10 minit perjalanan jer..Berbaloi2 sebab makanan dia best! View malam dia pulak, memang terbaik dan romantik. Jom kita tengok review sekitar makan malam di Tanzini, G-Tower Hotel.

 Ok, sedang menunggu pukul 6 petang sbb restaurant ni hanya dibuka dari jam 6 sampai 12 kalau tak salah. Sempat jugak ambil gambar kat Waiting Lounge yang ada kerusi empuk!

 Sebelum masuk ke tempat lift dia, yang security ketat giler. So terasa macam VVIP gitu. Nak kena swipe kad bagai..fuhhh macam rusa mauk kampung sekejap :)

Ini diaaa, si comel yang teman kan untuk set up place pada petang sebelum pukul 6 :)

 Haaa belon ni actually untuk Farewell Dinner juga. Tapi untuk siapa? Does not matter anymore..

 Browsing the menu.. Padahal sebelum datang untuk dinner, dah tanya Manager dia apa yang paling sedap! :P

 View di luar pada pukul 6.30 petang.. Jeng jeng, KLCC kot!

 Complimentary welcoming snacks~ Roti yang best.. Sebab kiteorg lapar, kiteorg habiskan ajer... hahahaha..


Sicilian Baramudi RM 32
This is what i ordered.. Sicilian Baramudi (RM 32)..Maksudnya Baramudi tu Ikan ..Serious sedap! Sampai kawan yang order Creamy Alfredo  Fettuccine pun mintak sikit..macam mana tu? Hahahaha..

 Dalam perut ada muzik da..Bila nak makan ni.. Asik amik gambar je ..Control2.. Lapar ok..

Creamy Alfredo Fettuccine 
Haa ni lah kawan saya order..Portion ni nampak je sikit, tapi bila makan mak oiii..susah nak habis sebab sebenarnya pinggan dia melengkung ke bawah..So sebenarnya banyak.. Yang ni, plus minus pun RM 30 jugak lah.. Not bad jugak yang ni..

For drinks, saya order 100+ sebab agak keletihan pada siang hari..berkejar kejaran untuk membeli belon, lunch dan teman kawan saya untuk IELTS exam di British Council. Kawan saya pula order Punch-Fruit Cocktail.. Dia xkasi pulak rasa..tapi dia kata best! Hahahahaha..

Then, lets move on to Desserts :) Kalau entree saya tak sah kalau tak ada dessert kan? 



 Kiteorg order Pavlova sebagai pemanis mulut. Ingat, portion nyer besar lah untuk dikongsi berdua. Last2 tengok, alamak comelnya! Tak berapa nak cukup lah untuk kami berdua yang suka makan ni!

 Comel kan Pavlova tu? Rasa dia oklah..Saya prefer Pavlova dekat Delicious.

 Biscotti with Orange Choc.. Sebenarnya saya tak berapa suka gabungan choc & orange tapi yang ini, boleh la... Tapi a bit dry for a dessert.

Complimentary Birthday Cake

 Haaaa, sila terkejut. Sebab saya pun terkejut. Kami dihadiahi dengan complimentary Birthday Cake dari Tanzini, G-Tower. Sebenarnya saya merancang untuk Farewell Dinner tapi sebab Manager dia baik, dia bagi je cake ni.. Terkejut sebab tiba2 semua staff datang mengerumun meja kami dan nyanyikan lagu Happy Birthday. Semuaaa orang yang dalam restaurant tu pun pandang kami. Hahahaha tak dapat bayangkan, kawan saya terkejut.. SAYA lagii terkejut. Hahhahaha



Terkejut2 pun, habis jugak kiteorg makan.. Tapi ambil masa dulu lah..Betul ke kek ni untuk kiteorg..Siap tak tiup lilin tu..tunggu pendek betol2 baru tiup..Terkezuttt punya pasal!

Pemandangan di Waktu Malam..
Dengan KLCC yang telah mengeluarkan cahayanya...

 Juga berdekatan dengan The Double Tree..

Menikmati pemandangan malam yang hebat dengan angin sepoi2 bahasa...Perut Kenyang, Senang Hati ^_^

Overall, saya bagi 5 bintang untuk tempat makan, makanan, pemandangan sekeliling, layangan staff, tempat parking dan yang paling penting suasana :)

*** A very good place for a Romantic Dinner..  ***