Sunday, February 12, 2012

Birthday Bash @Rama-V

Wonderful girls bringing you the amazing Rama-V

Entry kali ni pula kita pergi further up sikit dari Tabung Haji tu, iaitu ke Jalan U-Thant.. Berdekatan dengan rumah2 ambassador semua tu, terletak sebuah restoran Thai yang bernama Rama-V. Masa gambar2 ini diambil, kami telah pun membeli voucher dari sebuah website yang menawarkan RM15 per head for Lunch Buffet...Murah tak? Murah kan.. Sebelum kita cekidout sekitar Birthday Bash di Rama-V, Jalan U-Thant saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abby, Siti Fatimah, Sue Shuky, My sis & semua Rama-V crew yang terlibat dalam menjayakan Birthday Bash ini. Thank you so much, from the bottom of my heart =)


 Main entrance for Rama-V. Landscapping dia cantik la..Kira macam sejuk mata memandang.. Dengan air terjun lah, apa lah.. Tapi yang tak best, jockey service dia walaupun free tapi mengada sikit. Kalau kereta kecik macam Myvi sesuka hati dia nak parking kat mana..Even dekat luar skali pun.. Tu yang agak menyampah di sana. Bila kita tak nak kasi kunci, dia kata kena bagi jugak..Heyyy, mana boleh..Karang dia buat jenayah guna kereta kita macam mana? So, -5 saya bagi untuk parking service.


 Sireh Junjung ehhh sireh ni sebagai appetizer..Saya tak makan sebab tak sampai hati nak makan sireh yang chantek ni..Tapi Abby makan, dia kata rasanya unik dan sedap..Lain dari sireh orang2 tua makan,,Yang penting, gigi tak jadi merah kalau makan ni sbb takdek gambir.. (Gambir ke yang buat gigi merah tu?)

 Kemudian, kami ambil keropok apa ntah nama dia dengan kuah santan. Memang rasa dia lain dan ini adalah first time saya makan makanan macam ni.. Unik sekali lagi!

 Yang ini appetizer favourite saya , cucur jagung! Dicicah bersama thai chili sauce, memang terbaik.. Cucur jagung tu digoreng nipis dan rangup..berpinggan saya tambah!

Yang ini pula, macam popia basah. Paling penting, semuanya raw vegetables which saya memang allergic! Hahahahaha...Maybe mak saya kot suka..Saya tak suka kot..

Nak tahu paling best? Oleh kerana kiteorg ni busy  berborak2, sampai lupa nak snap picture main course..Tapi apda masa tu ada kerabu, ayam masak labu, fillet ikan dan macam2 lagi..Rasanya tak berapa kena dengan selera saya yang memang Melayu & Malaysian :) Tapi menurut abby, kalau dinner dia memang sedap. Dari Tomyam, ikan dan masakan lain memang marvellous. Saya cekidout the price dan terbukti agak pricey la tempat ni kalau tak beli voucher.. So Insyaallah saya tak datang dah kat sini.. Hahahaha..

Lepas makan, kami ke luar untuk mengambil gambar sekitar. Bila dah di luar barulah kami tahu ada juga private room bagi dinner tapi kena add on some money lah..





 Sebenarnya kami keluar bagi membolehkan krew Rama-v mengeluarkan cup cakes yanggg telah kami beli di Bisou , Bangsar. Cupcakes nya sedap, cukup manis dan lemak..tidak terlalu manis yang penting nya..

Bisou Cupcakes, Bangsar.

Happy Birthday!

Fabolous Lunch

Secara keseluruhan, saya bagi rate 2.5 sahaja sebab terpengaruh oleh perangai jockey service tu..Yang waiter & waitress punya service, superb!

2 comments:

  1. mase ni la kete ku yg sgt hebat tu pancit!!!!! smpi 2 paku masuk yea... tahniah2 ;p

    ReplyDelete
  2. Tu lah kali pertama jumpa si Raffie.. Mata bertentang mata... :)

    ReplyDelete