Thursday, May 24, 2012

Seafood @Senibong Seafood Village



S.E.A.F.O.O.D is my favourite food. Saya selalu mencari tempat makan di mana seafood nya fresh tetapi murah. Senibong Seafood Village, Johor Bahru adalah antara tempat makan yang sudah menambat hati saya.  Walaupun jauh, tapi berbaloi. Harga nya memang murah. Makan memang dah tak tengok orang kiri kanan dah masa tu sebab lapar sangat. Seriously lapar masa tuh, dah la sesat2 so memang takde harapan la nak cari boyfriend kat situ. Hahahahaha..

Apa pun, jom kita intai - intai makanan di Senibong Seafood Village. 

Ikan2 fresh untuk dipilih





Sebenarnya ini kali ke-2 kiteorg datang makan kat sini. Seperti dalam gambar, ada sotong goreng tepung, Butter Prawn, Sup Ketam, Ketam Masak Cili, Ikan Siakap 3 Rasa, Air Epal Asam Kendondong & Nasi Putih . Kali ini kita ambil portion yang sangattt banyak..Untuk 7 orang makan rasanya dan harganya baru RM259 jer... Murahhhh giler kan? Udang dia besar ok..Fresh lagi.. Cuma rasa Sup Ketam dia tak best.. Ada ke campur ngan sup daging tu, hampeh rasanya.. Tapi Ketam Masak Cili memangggg terbaik! Best! Ahahahaha..

So, sila lah datang ke Senibong Seafood Village kerana makan memang atas laut. Dapat rasa deruan 'ombak' dan getaran air dia bila makan. Kemudian, ada tanglung yang diterbangkan di udara membuatkan suasana makan malam semakin romantik.Syok! Kat luar pula ada gerai2 kecik jual baju , barang mainan dan banyak lagi. Parking kena bayar RM2 tapi memang banyak parking lot dia. Tak payah pening2 cari parking ok. 

5 Thumbs up, boleh? hahahaha... Sila kan cuba :)

Monday, May 21, 2012

Burger Bakar @ Wangsa Maju









Assalammualaikum & Selamat Sejahtera uols :)

Entry kali ini pula , kita cekidout Burger Bakar yang orang dok cakap2 sekarang ni kan.. Warung burger ni terletak betul2 berhadapan dengan kedai2 internet segala bagai. Iaitu, kalau anda dari stesyen LRT Wangsa Maju (LRT belah kiri anda), straight jer (naik bukit) sampai jumpa traffic light. Bila dah jumpa traffic light, sila belok kanan dan warung burger tu hanya di sebelah kiri anda. Pukul 5.30 dah nampak orang beratur. Jam 6.30 pulak, boleh nampak line que tu dah panjangggg sampai ke jalan atas. Memang gigih rakyat2 Malaysia ni nak rasa burger bakar termasuklah saya kannn.

Masa pukul 5.30 sampai, tengok memang dah ada orang que.




So saya dan kawan saya, Az sampai sana pukul 5.30. Ingatkan dia macam kedai burger biasa, kul 6 dah bukak. Lepas tu, dieorg kasi kerusi suruh duduk. Macam pelik la kan , sebab baik sangat bagi kerusi tu. Lepas kiteorg duduk2, kul 6.30 tak bukak2 lagi tapi dah ada org potong sayur, potong roti burger etc. Nak dijadikan cerita, terpandang lah satu sign ni... Ce skrol ke bawah, ada gambar sign dia.

Order start pukul 7.30 malam, nombor diberi pada 7.20.



Alang2 dah duduk 1 jam , apa salahnya tunggu 1 jam lagi ye tak? Kiteorg pun tunggu la lagi.. Alhamdulillah, nasib kiteorg baik, abg burger yang masuk Jalan- Jalan Cari Makan ni bukak gerai dia pukul 7pm. Bagi nombor pukul 6.50 macam tu lepas tu order2 , tunggu 2 minit dahhh dapat burger idaman Malaya ni. Hahahaha...

Ni no.9 ok..bukan no 6.. Walaupun no 9, tapi cepat giler dapat. Memang service excellent! ^__^
                                         

Jeng jeng jenggg, 


Ni lepas dapat nombor, dah order..Orang tu tengah siapkan burger kita.. Dalam 2-3 minit jer..tak lama pun..

View betapa panjangnya que, waktu tu ialah pukul 7.30 malam..

Hebat tak penangan burger bakar ni? 



Rasa burger ayam terhebattttt :)

Tadaaaa, makan dalam kereta baru ada airconddd  :Pp




Itu baru burger ayam dia. Rasanya MasyaAllah, sedap sangattt.. Sila lah cuba :)  Actually kiteorang beli set burger daging bakar yang didatangkan dengan2 sausage + air. Air dia pulak macam Ice cream soda campur kordial seperti mangga, soursop, oren dan macam2 lagi. Tapi disebabkan burger ayam dia besar , maka burger daging itu kita simpan buat breakfast untuk esok paginya. Dan yang paling penting, gambar burger daging tu lupeeee nak ambil gambar. 


Minta maaf sangat2.  Lain kali kalau kiteorg gigih nak beratur 2 jam, saya tak akan lupa untuk ambil burger daging bakar itu. Tapi apa yang boleh saya gambarkan, patty burgernya sangat besar dan rasanya sangat juicy dan rasanya memang awesome.



Thursday, May 17, 2012

Fauziah Latiff di Sogo

Selepas kita ke JB, marilah kita pulang ke pangkal jalan iaitu KL. Pada hari Sabtu beberapa minggu yang lepas, saya dan rakan  gedik2 pergi Jalan TAR untuk mencari kain, tudung etc bagi persiapan Hari Raya.  Kami mulakan pengembaraan di Jalan TAR dengan makan tengah hari di Restoran Insaf. Apa lagi, nasi beryani ayam goreng lah! 

So Yummy ok.. Ni kalau bulan pose ni, pukul 11 pagi dah nak kena reserve meja.. Fuyoo..Tapi satu pinggan RM 16 macam tu la.


Lepas makan, kiteorg pun jalan2 cari kain raya di Jalan TAR. Seluruhhh kedai kiteorg masuk tapi xde yang berkenan. Paling sedih, masuk KAMDAR pun macam xde kain. Yang adanyer, kain cadar kartun2.. takkan la nak buat baju raya dengan kain kartun.. Apakahhh? hahahaha...Tak dapat imagine kalo time panas2 pergi jenjalan TAR, nak2 bulan pose.. Fuhhhh giler ah mau mengagau cari ais berais ni..

Sooooo, lepas putus asa mencari kain ..kiteorg rasa macam nak pergi tempat aircond sooo, pergilah masuk SOGO. Dah lamaaa tak menjenguk SOGO tuh, adalah dalam 2-3 tahun. Nak dijadikan cerita pulak, tyme sampai SOGO tu ada pulak orang ramai2 kat concourse dia.

Rupa-rupanya ada SKII buat promotion. Tapi dalam hati, ape hal ramai sangat ni.. Kiteorg pun naik lah atas sebab bahagian perempuan kan dekat tingkat atas. Bila dah naik escalator tu, pandang bawah nampak Fauziah Latiff. Hahahah ni lah masa nak tengok retiss secara close-up.

Lepas dah round sekeliling SOGO, turun bawah tengok2 ada lagi Fauziah Latiff tu.. Apa lagi, bawak keluar hp terus snap snap..xde lah nampak Fauziah Latiff ni dekat sangat2 tapi boleh la..dalam 1 meter macam tu, kira dekat lah kan?

Haaa, kite kena pakai mosturizer lepas pakai toner..barulah kulit cantik.

Saya memang teruja lah pakai SKII ni..Awet muda kan sayaaa?

Tuuuu dia, Fauziah Latiff tengah komen2 pasal SKII bla bla bla.. Pada pendapatan saya lah kan, aura dia ni tak berapa nak kuat berbanding aura Siti Nurhaliza. Ntah la, rasa macam keterujaan tu tak sama dengan bila jumpa Siti.

Apa pun body dia maintain cun, macam anak dara. Kita rasa mungkin sebab dia buat rambut fringe tu yang nampak kureng tu..Kalu dia buat rambut curly2 tu maybe nampak vogue ataupun dia blow je rambut tu  maybe nampak kemas sikit lah..Xnampak Rock lah pulak nanti kan...

Oklah , sampai sini sahaja cerita pada kali ini. Kiteorg tak tunggu sampai habis pun si Fauziah Latiff ni. Jumpa di post yang lain pula hokkayyyyy  ^_____^

By the way, terima kasih banyak sebab baca entry kali ni dan yang sebelum2 nya. Love u lots!