Selepas kita ke JB, marilah kita pulang ke pangkal jalan iaitu KL. Pada hari Sabtu beberapa minggu yang lepas, saya dan rakan gedik2 pergi Jalan TAR untuk mencari kain, tudung etc bagi persiapan Hari Raya. Kami mulakan pengembaraan di Jalan TAR dengan makan tengah hari di Restoran Insaf. Apa lagi, nasi beryani ayam goreng lah!
So Yummy ok.. Ni kalau bulan pose ni, pukul 11 pagi dah nak kena reserve meja.. Fuyoo..Tapi satu pinggan RM 16 macam tu la.
Lepas makan, kiteorg pun jalan2 cari kain raya di Jalan TAR. Seluruhhh kedai kiteorg masuk tapi xde yang berkenan. Paling sedih, masuk KAMDAR pun macam xde kain. Yang adanyer, kain cadar kartun2.. takkan la nak buat baju raya dengan kain kartun.. Apakahhh? hahahaha...Tak dapat imagine kalo time panas2 pergi jenjalan TAR, nak2 bulan pose.. Fuhhhh giler ah mau mengagau cari ais berais ni..
Sooooo, lepas putus asa mencari kain ..kiteorg rasa macam nak pergi tempat aircond sooo, pergilah masuk SOGO. Dah lamaaa tak menjenguk SOGO tuh, adalah dalam 2-3 tahun. Nak dijadikan cerita pulak, tyme sampai SOGO tu ada pulak orang ramai2 kat concourse dia.
Rupa-rupanya ada SKII buat promotion. Tapi dalam hati, ape hal ramai sangat ni.. Kiteorg pun naik lah atas sebab bahagian perempuan kan dekat tingkat atas. Bila dah naik escalator tu, pandang bawah nampak Fauziah Latiff. Hahahah ni lah masa nak tengok retiss secara close-up.
Lepas dah round sekeliling SOGO, turun bawah tengok2 ada lagi Fauziah Latiff tu.. Apa lagi, bawak keluar hp terus snap snap..xde lah nampak Fauziah Latiff ni dekat sangat2 tapi boleh la..dalam 1 meter macam tu, kira dekat lah kan?
![]() |
| Haaa, kite kena pakai mosturizer lepas pakai toner..barulah kulit cantik. |
![]() |
| Saya memang teruja lah pakai SKII ni..Awet muda kan sayaaa? |
Tuuuu dia, Fauziah Latiff tengah komen2 pasal SKII bla bla bla.. Pada pendapatan saya lah kan, aura dia ni tak berapa nak kuat berbanding aura Siti Nurhaliza. Ntah la, rasa macam keterujaan tu tak sama dengan bila jumpa Siti.
Apa pun body dia maintain cun, macam anak dara. Kita rasa mungkin sebab dia buat rambut fringe tu yang nampak kureng tu..Kalu dia buat rambut curly2 tu maybe nampak vogue ataupun dia blow je rambut tu maybe nampak kemas sikit lah..Xnampak Rock lah pulak nanti kan...
Oklah , sampai sini sahaja cerita pada kali ini. Kiteorg tak tunggu sampai habis pun si Fauziah Latiff ni. Jumpa di post yang lain pula hokkayyyyy ^_____^
By the way, terima kasih banyak sebab baca entry kali ni dan yang sebelum2 nya. Love u lots!



like like like :)
ReplyDelete